Saturday, October 30, 2010

Refleksi Minggu Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En Amran Aris dengan ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Siti Rohaya dan Azamwati dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas SMP2252 berjadual hari isnin yang banyak...
Teruskan Membaca...

Sunday, October 17, 2010

Refleksi Minggu Ke-12

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Pembentangan minggu ke-12 melibatkan pembentang yang membentangkan tajuk Opera Cina dan Po Te Hi serta Muzik di Sabah dan Sarawak. Minggu ini merupakan minggu terakhir pembentangan melibatkan pelajar-pelajar yang berjadual hari isnin. Pembentang pertama membentangkan tajuk Opera Cina dan Po Te Hi. Banyak input baru berkenaan muzik dan tarian dipelajari daripada tajuk yang dibentangkan. Namun sayang sekali menurut pembentang bahawa muzik dan tarian ini tidak...
Teruskan Membaca...

Sunday, October 10, 2010

Refleksi Minggu Ke-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....pada kuliah minggu ke-11 yang lalu kumpulan saya telah membentangkan tajuk mengenai muzik ghazal dan ia merupakan pembentangan kali ke-2 bagi kumpulan kami. Bagi pembentangan kali ke-2 ini kumpulan kami telah membuat kajian lapangan mengenai muzik ghazal. Pemahaman saya mengenai muzik ghazal bertambah setelah kumpulan kami membuat kajian lapangan tersebut. Banyak input yang dapat saya kongsi bersama-sama rakan sekelas pada pembentangan kali ini. Rakan-rakan...
Teruskan Membaca...

Saturday, October 2, 2010

Refleksi Minggu Ke-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....bagi refleksi minggu ke-10 ini saya akan membuat ulasan mengenai pembentangan muzik nobat dan orkestra cina daripada kelas hari rabu. Hal ini kerana saya dan seorang lagi rakan saya tidak hadir untuk kelas pada hari isnin. Pembentangan muzik nobat saya rasakan amat hebat, padat dan menarik daripada kumpulan pembentang.Pembentang berjaya membuatkan audiens memberi perhatian penuh mengenai muzik nobat. Banyak pengetahuan baru yang saya dapat mengenai muzik nobat...
Teruskan Membaca...

Saturday, September 25, 2010

Refleksi Minggu Ke-9

assalamualaikum dan salam sejahtera...Pembentangan minggu ke-9 melibatkan kumpulan saya (Ghazal) dan kumpulan yang membentangkan tajuk Opera Cina. Kumpulan kami diwakili oleh tiga orang dan kami memfokuskan kepada muzik ghazal parti dan ghazal johor. Walaupun kumpulan kami masih belum membuat kajian lapangan mengenai muzik ghazal ini namun daripada maklumat yang diperolehi kumpulan kami memahami tentang muzik ghazal walaupun bukan menyeluruh. Apa yang pasti muzik ghazal di Malaysia terbahagi kepada...
Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

Refleksi Minggu Ke-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Alhamdulilah kerana pada hari isnin yang lepas, dua kumpulan telah pun mempersembahkan hasil pembentangan masing-masing. Pembentangan kumpulan pertama mengenai Sejarah Muzik Tradisional telah mendedahkan saya kepada pelbagai input sejarah mengenai kedatangan muzik di nusantara dan Tanah Melayu khususnya. Muzik yang terdapat di negara kita pada hari ini banyak datangnya dari pelbagai negara luar seperti Barat, Arab, Cina, India, Indonesia dan kepulauan rantau...
Teruskan Membaca...

Friday, August 20, 2010

Refleksi Minggu Ke-6

Gambar Menunjukkan kompang.Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Alhamdulilah kerana muzik tradisional telah masuk minggu ke-6 dan pembelajaran makyung serta kompang telah mendedahkan saya dengan dua lagi muzik tradisi yang ada di negara kita Malaysia. Makyung merupakan satu muzik dramatari yang terdiri daripada menora, mekmulung...
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP C

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP A

smp2252noor Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template