Saturday, October 30, 2010

Refleksi Minggu Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En Amran Aris dengan ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Siti Rohaya dan Azamwati dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas SMP2252 berjadual hari isnin yang banyak membantu dari segi teknikal.

Sepanjang mengikuti kuliah bagi muzik tradisional ini pelbagai input yang diperolehi oleh saya, walaupun pada awal kuliah iaitu bagi minggu pertama, kedua dan ketiga saya langsung tidak memahami tentang muzik kerana latar belakang pembelajaran saya ialah Pengajian Malaysia. Namun saya bersyukur kerana En Amran memahami masalah yang dihadapi oleh saya serta rakan dan mengajar berdasarkan pemahaman umum. Ini adalah satu pembelajaran yang adil bagi saya kerana ia mengambil kira keperluan semua pihak dan seterusnya menjadikan kelas SMP2252 lebih menarik dan menepati citarsa semua.

Pada awal kuliah kami telah didedahkan dengan Blog, dan semua pelajar diwajibkan membuat blog bagi urusan kerja kursus. Jujurnya pada awal kuliah saya merasakan dengan membuat blog ia membebankan saya kerana ia sukar. Hal ini kerana saya telah biasa membuat kerja kursus secara manual, justeru saya merasakan membuat blog individu dan kumpulan adalah membebankan. Namun tanggapan saya tentang blog berubah selepas saya mula sedikit mahir tentang blog selepas membuat kerja kursus berkumpulan. Perkara yang paling menguntungkan dengan membuat blog ialah ia menjimatkan wang dan masa. Hal ini kerana kerja kursus yang dibuat hanya perlu di hantar secara online dan pelajar tidak perlu menghantarnya secara "hard copy". Kelebihan lain ia ialah saya dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain melalui blog dan kami boleh berbincang mengenai tugasan masing-masing. Ia benar-benar menjimatkan kos.

Pembelajaran muzik tradisional ini juga telah membuka mata saya tentang pentingnya menjaga warisan sejarah muzik agar ia tidak pupus ditelan zaman. Jika sebelum ini kesedaran saya tentang muzik langsung tiada, namun setelah mengikuti sesi pembelajaran SMP2252 ini saya merasakan tingkat kesedaran saya terhadap muzik tradisional bercambah. Nilai estetika dalam muzik tradisional sukar dicari ganti, berbanding muzik moden, muzik tradisional lahir dengan sejarah dan cerita yang tersendiri. Ia amat unik dan menarik untuk dipelajari.

Pembelajaran muzik tradisional yang disampaikan oleh En Amran Aris mencapai objektifnya. Kuliah yang disampaikan oleh beliau tentang muzik tradisional mudah untuk difahami dan tidak berbelit-belit. Ia ringkas tetapi padat. Walaupun pada awal-awal pembelajaran, saya mengalami sedikit masalah untuk memahami secara menyeluruh apa yang dikatakan dengan muzik tradisional, namun ia dapat diatasi pada minggu-minggu berikutnya.

Secara kesimpulanya, muzik tradisional bukanlah muzik yang ketinggalan zaman atau muzik orang tua, tetapi muzik ini adalah muzik warisan yang perlu dijaga dan diwarisi. Terima kasih sekali lagi kepada pensyarah SMP2252 iaitu En Amran dan rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya sepanjang sesi pembelajaran muzik tradisional. Semoga muzik tradisonal terus berkembang dan diminati.
Sekian Terima Kasih.

3 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 5:24 AM said...

saya bersetuju dengan pendapat saudari noor yang menyatakan pembelajaran muzik tradisional ini telah emmbuka mata kita semua mengenai pentingnya menjaga warisan sejarah muzik agar tidak putus ditelan zaman. dan supaya generasi akan datang turut dapat merasa dan mengenali apa muzik tradisional yang popular di kalangan nenek moyang mereka dahulu. sekian

nurulliyana on October 31, 2010 at 8:01 AM said...

saya juga bersetuju dengan noor atas sebab di zaman serba maju ini tidak ramai yang tahu tentang sejarah muzik warisan di negara kita..begitu juga saya pada mulanya saya tidak banyak mengenali muzik tradisional kita tetapi setelah mengikuti kursus ini banyak yang saya pelajari

noor zakiah on October 31, 2010 at 8:46 AM said...

terima kasih kepada saudari hana dan nurulliyana....saya berharap muzik tradisional ini akan terus berkembang dan terus diminati oleh generasi kini dan masa depan.

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP C

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP A

smp2252noor Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template